African Scam: Kerani insurans rugi hampir RM160,000





 
KUCHING: Seorang kerani insurans di Sri Aman mengalami kerugian hampir RM160,000 gara-gara terjerat dalam kes ‘African Scam’ selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga asing melalui Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata wanita berusia 40 tahun itu berkenalan dengan suspek yang kononnya warga Amerika Syarikat (US) itu sejak Mac 2017.

Hasil daripada perkenalan tersebut menyebabkan mangsa diperdaya suspek yang mendakwa dirinya ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebaik tiba di lapangan terbang di sini.

“Suspek memberitahu mangsa bahawa dia ditahan Kastam kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan sebelum datang ke Malaysia.

“Suspek kemudian meminta mangsa untuk buat bayaran terlebih dahulu kepada akaun bank suspek sebanyak RM5,000 oleh kerana matawang Malaysia lebih rendah berbanding US,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain itu, mangsa turut dikatakan melakukan beberapa transaksi bayaran dari tempoh Julai 2017 hingga Disember 2018.

“‘Mangsa melakukan beberapa transaksi kononnya untuk bayaran pemeriksaan kesihatan, dokumen perjalanan suspek yang telah tamat tempoh, denda bagi pelepasan wang dibawa suspek, bayaran tiket dan juga untuk aktifkan akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM159,450,” jelas Mustafa.

Mangsa bagaimanapun hanya menyedari dirinya ditipu apabila suspek tidak lagi dapat dihubungi melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp selepas itu.

“Laporan polis bagaimanapun hanya dibuat oleh mangsa pada Rabu lepas kerana mangsa masih berharap dan memberi peluang kepada suspek untuk membayar balik wangnya,” kata Mustafa Kamal.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan polis.

“Jangan terus percaya dengan kenalan media sosial, lebih-lebih lagi yang kita tidak pernah bersemuka.

“Seelok-eloknya hubungi jabatan kerajaan seperti pihak polis, Kastam atau imgresen untuk mendapatkan kepastian,” ujarnya lagi.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...