Warga indonesia ditahan rogol anak kandung





 BAU: Seorang lelaki warganegara Indonesia diberkas selepas disyaki merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Serasot, sekitar 11.10 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat oleh penolong pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Serasot pada hari yang sama.

Katanya, remaja berusia 14 tahun itu dibawa oleh ibu bapa ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan selesema sekitar pukul 8.30 pagi.

"Semasa menerima rawatan dari seorang penolong pegawai kesihatan, mangsa memberitahu dia dirogol oleh bapa kandung sejak berumur 10 tahun secara paksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Poge berkata mangsa mendakwa kali terakhir kejadian itu berlaku adalah pada Ahad.

"Perkara ini berlaku tanpa pengetahuan ibu dan semasa ketiadaan ahli keluarga lain di rumah," katanya lagi.

Polis turut merampas pasport milik suspek.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.-Utusan Borneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...