Wahab dan Ali janji gabung tenaga bantu SMK Agama Saratok




SARATOK: Mesyuarat Agung Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Saratok Ke-13 mendapat suntikan semangat daripada dua wakil rakyat apabila kedua-duanya berjanji untuk bergabung tenaga untuk membantu dan menyalur dana kepada sekolah tersebut.

ADUN Kalaka, Datuk Haji Abdul Wahab Aziz dan ADUN Krian, Ali Biju yang juga merupakan Ahli Parlimen Saratok hadir serentak dalam mesyuarat berkenaan yang dilangsungkan pada Sabtu.

Wahab Aziz yang berucap pada majlis itu seperti biasa menjadikan agenda penekanan isu pendidikan kepada anak-anak menjadi intipati ucapan penuh semangatnya di hadapan kira-kira 500 ibu bapa yang hadir.

Menurut Wahab pendidikan untuk anak-anak tidak boleh dipandang enteng dan ibu bapa perlu menjadi pemain peranan utama bagi memastikan anak mereka mendapat pendidikan sempurna demi masa depan.

Wahab turut menekankan tentang pentingnya penyediaan kemudahan insfrastruktur sekolah yang baik untuk pelajar.

Sehubungan dengan itu beliau mengumumkan pemberian geran Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM250, 000 untuk menambah baik kemudahan dewan sekolah berkenaan.

Sementara itu Ali Biju yang turut berucap pada majlis berkenaan turut berjanji untuk membantu dengan memberi dana bagi tujuan naik taraf dewan sekolah itu bagi menambah sumbangan Wahab.

Ali turut menyatakan pemberian peruntukan sebanyak RM30, 000 untuk PIBG. Beliau turut menyampaikan cek tunai berjumlah RM10, 000 kepada PIBG yang telah dijanjikan pada tahun lalu. Cek sebanyak RM5, 000 pula disampaikan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Saratok untuk bantuan sambutan Hari Guru.-SarawakVoice

Wahab lawat asrama SMK Agama Saratok
Wahab dan Ali Biju merakam gambar kenangan selepas mesyuarat PIBG …

Wahab dan Ali Biju merakam gambar kenangan selepas mesyuarat PIBG …

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...