Pondan berbogel didakwa berkelakuan tidak sopan



- Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berperwatakan wanita yang tular berbogel sambil melakukan aksi lucah di sekitar Jalan Imbi, minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan berkelakuan tidak sopan.

Kent Caburnay Acuin, 29, warga Filipina, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rahmi Kartini Abd Karim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Acuin didakwa memanjat kereta Honda City, dalam keadaan bogel dengan berkelakuan tidak sopan dan mengganggu keamanan di Jalan Sultan Ismail, di sini, jam 10.40 pagi, pada 13 Mac lalu.

Tertuduh yang berasal dari Cebu, Filipina itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995, yang boleh dihukum denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian mengarahkan Acuin direman semula dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh dipercayai akan didakwa esok atas kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Minggu lalu, video dan gambar lelaki itu, yang tidak berpakaian berjalan di tengah jalan raya sekitar Jalan Barat off Jalan Imbi, tular di dalam laman sosial.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...