Tiga suspek ragut di Sarikei dicekup di Bintulu




SARIKEI: Tiga suspek berkaitan kes ragut yang berlaku di bandar ini baru-baru ini berjaya dicekup polis petang semalam.

Penangkapan tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 24 tahun hingga 31 tahun itu dilakukan di Bintulu pada jam 4.45 petang semalam.

Suspek dipercayai ada kaitan dengan kes rompakan bersenjata menggunakan pisau di Sarikei pada Februari lalu di sebuah kedai di sini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt. Awang Arfian Awang Bujang mengesahkan perkara berkenaan dan memberitahu kes berkenaan kini sedang dalam proses siasatan.

“Pihak polis merampas pakaian suspek dari rumah masing-masing bersama-sama pisau. Sebuah kereta Produa VIVA, warna putih dengan nombor pendaftaran DBV 633 (kereta sewa) di rampas dari sebuah Syarikat Kereta Sewa di Bintulu.

“Turut dirampas 1 gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di Sibu yang dijual suspek. Ketiga-tiga suspek telah direman selama dua hari sehingga 7 Mac 2019 dan akan di pohon sambung reman untuk siasatan lanjut. ” ujarnya.

Pada 17 Februari 2019, pada jam lebih kurang 11. 35 pagi seorang wanita yang berada di dalam Kedai Melati Butik, Jalan Masjid Lama, Sarikei telah didatang seorang lelaki yang disyaki berbangsa Melayu dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan memakai baju T-Shirt putih serta berseluar jean.

Lelaki berkenaan kemudiannya meminta emas dari mangsa sambil mengacukan pisau. Lelaki itu kemudiannya menarik gelang emas di tangan mangsa.

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan sebuah kenderaan dipercayai jenis Perodua Myvi nombor pendaftaran QSB 9596 bersama dengan seorang rakannya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...