IBU TUNGGAL BERSAMA ANAK LELAKI ANTARA YANG DITAHAN POSITIF SYABU DI MIRI



MIRI, 7 Mac 2019 @ 8.00 malam Seorang ibu tunggal bersama dua orang anak lelakinya adalah antara lapan individu ditahan kerana positif dadah syabu dalam satu operasi bersepadu antidadah bersama RELA Miri yang dijalankan di tiga lokasi di bandar raya Miri.

Ibu tunggal berumur 43 tahun yang mempunyai lapan orang anak itu ditahan bersama dengan teman lelakinya berumur 27 tahun, dua anak lelakinya masing-masing berumur 18 dan 24 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga rakan kepada anak lelaki ibu tunggal tersebut di sebuah rumah sewa di sini.

Operasi yang diketuai oleh en mazlan jikran selaku ketua daerah AADK Miri berjaya menahan 8 individu yang berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun yang dijalankan di kawasan taman tungku, taman ceria dan permyjaya tudan serta kampung pujut padang kerbau dengan operasi bermula 8. 00 malam hingga 12.30 pagi kesemua saspek didapati positif dadah Jenis SYABU @ METH.


“Kesemua yang ditahan disiasat di bawah seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah akan diperintahkan menjalani rawatan serta pemulihan di pusat pemulihan selama dua tahun atau di bawah perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun,”
iNFO AADK Sarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...