Suami isteri direman bantu siasatan kes bunuh kanak-kanak



SUSPEK lelaki dan wanita yang terbabit dalam kes bunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah meninggalkan Mahkamah Majistret Langkawi jam 11 pagi selepas permohonan reman selesai. - Foto  BH

LANGKAWI: Dua suspek kes bunuh kanak-kanak berusia tiga tahun yang cebisan mayatnya ditemui di hutan Gunung Raya di sini, semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pasangan suami isteri itu tiba dengan tangan bergari dan diiringi polis ke kamar mahkamah bagi proses permohonan reman, jam 9.10 pagi.

Reman terhadap suspek berusia 37 dan 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Ridzwan Salleh, 10.45 pagi.

Hari ini, akhbar melaporkan, mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan tragis, dipercayai dibunuh lebih dua minggu lalu, sebelum dibuang dalam hutan di Jalan Gunung Raya di sini.

Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, dipercayai dibunuh sepasang suami isteri berusia 37 dan 40 tahun itu pada 16 Februari lalu, namun kehilangannya hanya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, Sabtu lalu.

Rosmaliah yang juga warga Indonesia menyedari anaknya hilang selepas gagal menemui pasangan suami isteri itu di kediaman mereka di Kuarters Kakitangan Hospital Langkawi, sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Kuah pada tengah malam, Ahad lalu.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...