Dhabitah-Pandelela tempat keempat di Beijing



NUR DHABITAH (kanan), Pandelela menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama wanita akhir di tempat keempat pada aksi Siri Dunia Terjun FINA 2019.


KUALA LUMPUR: Gandingan Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama wanita akhir di tempat keempat pada aksi Siri Dunia Terjun FINA 2019 yang berlangsung di Beijing, China, sebentar tadi.
Pasangan ini mengutip 305.76 mata secara keseluruhan selepas menamatkan lima terjunan.
Pingat emas acara ini menjadi milik penerjun dari China iaitu Lu Wei-Zhang Jiaqi dengan kutipan 354.06 mata, manakala perak diraih pasangan Kim A Rim-Kim Mi Rae mewakili Korea Utara (325.80 mata).

Sementara itu, gangsa dimenangi peserta Kanada menerusi gandingan Meaghan Benfeito-Caeli McKAY yang mengutip 313.14 mata selepas lima terjunan.
Beijing adalah kejohanan kedua selepas Siri Dunia Terjun FINA 2019 di Sagamihara, Jepun, yang tamat minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...