SRC: Najib mula dibicarakan Rabu ini



KUALA LUMPUR 28 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 April ini untuk perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tarikh bicara sehari itu ditetapkan oleh Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali ketika sebutan kes itu. Bagaimanapun, tarikh bicara selanjutnya hanya akan ditetapkan kemudian.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Ahli Parlimen Pekan itu menangguhkan perbicaraan kesnya.

Perbicaraan kes itu pada awalnya dijadualkan bermula 12 Februari sehingga 29 Mac ini tetapi ditangguhkan sebanyak dua kali selepas Mahkamah Rayuan pada 11 Februari dan 21 Mac lalu membenarkan permohonan penangguhan.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.

Kemudian, pada 8 Ogos tahun sama, Najib sekali lagi didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama daripada dana sama milik SRC. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...