Serian mampu menjadi antara pembekal makanan utama Sarawak




SERIAN: Bahagian Serian berpotensi besar menjadi antara pembekal makanan utama di negeri ini pada masa depan.

Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana Serian memiliki sumber tanah yang sesuai dibangunkan bagi tujuan tersebut.

Menurut beliau, bagi menyahut cabaran Kerajaan Sarawak, komuniti petani atau peladang perlu berani menggunakan teknologi moden dalam usaha meningkatkan kualiti serta hasil pertanian atau penternakan mereka.

“Kita mahu Serian menjadi pembekal sumber makanan bukan sahaja ke Kuching, bahkan ke kawasan lain juga.

“Ini seiring dengan misi Kerajaan Sarawak untuk menjadi pengeksport utama sumber makanan menjelang 2030,” katanya di sini hari ini.

Datuk Amar Douglas Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menambah, bahagian tersebut (Serian) mampu menjadi antara pengeluar nanas, pisang, sayuran selain haiwan peliharaan seperti kambing dan khinzir.

“Tetapi semua ini perlu dilakukan dengan penggunaan teknologi moden untuk kualiti yang lebih baik.

“Kita yakin kumpulan sasar ini mampu menjana pendapatan bulanan sebanyak RM4,000,” jelas beliau.
SV

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...