Sarawak miskin bukan kerana hasil dikaut Putrajaya, kata Chong




KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen menafikan Sarawak miskin kerana hasilnya dikaut Putrajaya.

Sebaliknya, menurut Chong yang juga Pengerusi DAP Negeri, Sarawak mundur kerana pengurusan sumber  semula jadinya yang lemah.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini semalam, beliau membidas kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan Sarawak negeri ketiga terkaya di negara ini, tetapi miskin kerana
kekayaannya telah pergi ke Putrajaya.

Chong berkata, pendapatan negeri perlu juga disalurkan kepada kerajaan persekutuan bagi membayar gaji guru, doktor, jururawat dan sebagainya.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini sering menegaskan, Sarawak mungkin akan ketinggalan untuk selama-lamanya sekiranya negeri ini semata-mata bergantung pada pembiayaan kerajaan persekutuan.

“Kami hanya menerima peruntukan bajet tahunan daripada Putrajaya, tetapi itu tidak cukup bagi negeri besar seperti Sarawak ini dan jika kami bergantung seluruhnya pada kerajaan persekutuan, saya percaya kami tidak akan dapat mengejar pembangunan seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia, kami akan sentiasa ketinggalan,” katanya.

Abang Johari berkata, oleh itu, Sarawak perlu mengambil langkah bagi menambah hasilnya, di samping langkah ekonomi sedia ada.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...