Sarawak berpotensi untuk menang dalam Sukma 2020




KUCHING: Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa Sarawak mempunyai harapan yang tinggi untuk menjuarai Sukan SUKMA di Johor tahun 2020.

Jelasnya, melalui Persatuan Sukan dan Persatuan Belia yang telah ditubuhkan, ianya dapat membuat persiapan yang rapi dan mengambil serius tentang perkembangan perkara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan & Penyerahan Geran Belia dan Sukan Sarawak 2019 di Kuching hari ini.

Tambahnya, sebanyak 39 Persatuan Sukan dan Pertubuhan Belia menerima geran masing-masing.

Justeru, beliau memberitahu geran tersebut merupakan peruntukan tahunan daripada Kerajaan Sarawak untuk diagihkan kepada persatuan dan pertubuhan yang layak.

Walaubagaimanapun, Datuk Abdul Karim mengingatkan para penerima geran agar menghantar laporan kewangan tahunan dan kejayaan yang dikecapi kepada pihak kementerian.

Selain itu, melaui program pembangunan sukan yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik, ianya mampu merealisasikan impian negeri Sarawak sebagai “Sport Powerhouse” dalam peranan “Sport Tourism” atau Pelancongan Sukan sekaligus boleh menjana pendapatan dalam sosio-ekonomi masyarakat setempat.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...