Sarawak bakal menaja sepenuhnya bagi Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia




KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal menjadi penaja penuh bagi Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia yang Ke-117 pada 18 sehingga 23 Jun ini di Kelab Golf Sarawak (KGS).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan, pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah bagi kejohanan ini bakal merancakkan lagi Tahun Melawat Sarawak 2019.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan simbolik perjanjian Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia di Kuching.

Jelasnya, seramai 220 pemain dari 32 negara bakal beraksi dalam kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah peruntukkan tajaan bagi kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia dan pihaknya mahu diberikan masa untuk menyediakan keperluan, fasiliti dan penginapan sebelum para pemain dan orang datang ke Sarawak.

Tambahnya, selain ia selari dengan usaha Kempen Melawat Sarawak, kejohanan ini turut dijangka merapatkan jurang antara pemain golf di Malaysia dengan dari negara Asia yang lain.

Di samping itu, beliau turut memberi penghargaan kepada Pertubuhan Golf Malaysia (MGA) dan KGS kerana memberi peluang kepada Sarawak untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang bertaraf dunia tersebut.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...