1,192 sambungan bagi menawarkan jalur lebar di Parlimen Tanjung Manis- Gobind



KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengambil langkah untuk meningkatkan dan menstabilkan liputan telekomunikasi dan internet .
Menterinya , Gobind Singh Deo berkata ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abdul Wahab di Dewan Rakyat .

Yusuf bertanyakan soalan yang meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan langkah-langkah untuk meningkat dan menstabilkan liputan telekomunikasi dan internet di kawasan Parlimen Tanjung Manis , terutamanya di kawasan Paloh , Kesang, Berangan, dan kawasan utara Pulau Bruit kerana sering menghadapi masalah terputus hubungan.

Jelas Gobind , ” antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian ialah dengan meneruskan pembinaan menara baharu , menaiktaraf menara sedia ada dan meningkatkan bilangan pelanggan kemudahan yang telah tersedia.”

“Melalui projek jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), sebanyak 1,192 sambungan melibatkan satu ibusawat telah tersedia yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di Parlimen Tanjung Manis,” tambahnya.

Ujarnya ,” Selain itu, dibawah inisiatif Perluasan Liputan Selular dan Jalur Lebar Mudah Alih yang melibatkan pembinaan menara komunikasi baharu dan penaiktarafan menara komunikasi sedia ada, sebanyak 14 buah menara komunikasi baharu telah siap dibina dan 21 buah menara sedia ada telah dinaiktarafkan kepada perkhidmatan 3G/4G di Parlimen Tanjung Manis.”

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, “satu menara telekomunikasi telah dibina di kawasan Paloh yang menyediakan perkhidmatan 3G kepada penduduk setempat manakala di Kedang pula, satu menara komunikasi sedang dibina dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun 2020.”

“Bagi kawasan utara Pulau Bruit, terdapat lapan buah menara komunikasi telah siap beroperasi, memberikan perkhidmatan sehingga 4G kepada penduduk setempat, manakala tambahan dua buah menara lagi dalam peringkat perlaksanaan dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2020, ” jelasnya lagi.

Tambah Gobind, ” kawasan Berangan pula, terdapat tambahan tiga buah menara yang telah dirancang oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk dibangunkan di kawasan berkenaan.”

“Kerajaan menyokong usaha YB mewar-warkan kepada penduduk tempatan dengan melanggan sambungan tersedia sebagai balasan agar kestabilan liputan dapat dinikmati bersama,” ujar Gobind lagi.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...