Rundi: Pekan Sebauh akan terus menikmati pembangunan



SEBAUH: Pekan Sebauh bakal mengalami perubahan lanskap infrastruktur yang berterusan apabila kerajaan Sarawak akan melaksanakan pelbagai projek rakyat yang berimpak tinggi.

Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Ak Utom, yang juga ADUN N69 Kemena berkata rakyat di kawasan tersebut bakal menikmati kemudahan asas dan perhubungan yang baik apabila siapnya pembinaan Jambatan Sebauh, Jalan Hilir kampung Sebauh, Stadium Mini Sebauh, Jalan Fasa 2 Pandan Binyo, Jalan Kampung Labang dan Jalan Ulu Pandan.

Beliau turut memberitahu menara telekomunikasi akan dibina di kawasan itu untuk memperbaiki perkhidmatan jaringan internet dan berharap pembekal perkhidmatan telco seperti Celcom, Digi & Maxis bersedia menyediakan perkhidmatan mereka di situ.

Datuk Sri Dr Stephen Rundi berkata demikian dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Reunion Dinner.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan kelulusan geran MRP sebanyak RM200,000 yang turut disumbangkan oleh Ahli Parlimen P217 Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing.

Peruntukan adalah untuk JKKK Pekan Sebauh menjalankan pelbagai aktiviti dan membantu memenuhi keperluan penduduk di situ.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...