Beri peluang pendidikan sama rata



TIMBALAN Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan diploma kepada pelajar pada Majlis Graduasi Ketiga Politeknik Metro Betong, hari ini. - Foto ihsan Pejabat Ketua Menteri

BETONG: Pembinaan kampus institusi pendidikan tinggi di luar bandar Sarawak membuktikan komitmen kerajaan untuk memberi peluang pendidikan terbaik dan sama rata kepada rakyat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata bagi mencapai objektif itu, institusi pengajian itu diberi pengiktirafan dan standard setanding dengan kampus di bandar.

“Kerajaan sentiasa komited dalam soal pendidikan dan mahukan semua rakyat mendapat peluang yang sama rata untuk membangunkan diri, keluarga dan masyarakat.

“Sebab itu, sejumlah institusi pendidikan tinggi didapati di luar bandar di Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Ketiga Politeknik Metro Betong, di sini, hari ini.

Seramai 64 graduan dalam jurusan kewangan dan perbankan serta 66 dalam Pengurusan Pelancongan menerima diploma masing-masing pada majlis itu.

Uggah berkata, kerajaan tidak membezakan antara kawasan bandar atau luar bandar, jantina, kaum atau golongan kaya dan miskin dalam usaha untuk membangunkan masyarakat.

“Pendidikan yang baik menjadi keutamaan bagi kita untuk membangunkan negara dan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan Sarawak akan memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan program pendidikan untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir bagi memenuhi keperluan Koridor Tenaga

Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Katanya, institusi pendidikan tinggi juga harus menyesuaikan latihan mereka dengan keperluan pasaran pekerjaan untuk memastikan graduan mendapat pekerjaan sesuai selepas tamat pengajian.

“Program akademik seperti pendidikan sains dan teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu ditingkatkan serta diperkuatkan selaras dengan keperluan masa kini, khususnya bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...