PETROS Tiada Hubung Kait Dengan 1MDB



KUCHING: Propaganda pihak yang cemburu melihat kejayaan Sarawak menubuhkan syarikat minyak sendiri dengan mengaitkan Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sebagai tidak berasas dan keterlaluan.


Ini susulan daripada satu artikel yang telah dimuat naik di portal atas talianhttps://aogm.net/the-sarawak-oil-grab-is-petros-the-1mdb-of-sarawak/#.XH3KGy2B21t.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menegaskan PETROS adalah milik 100 peratus Kerajaan Sarawak dan tiada mempunyai sebarang hubung kait dengan 1MDB seperti yang digambarkan sebuah portal atas talian.

"PETROS adalah seratus peratus hak milik kerajaan Sarawak dengan kerjasama pihak PETRONAS dan organisasi-organisasi lain.

"Malah, ianya tiada hubung kait dengan syarikat kontroversi 1MDB," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pembukaan Rasmi Tapak Pembinaan Demak Yard, Perbadanan Urusan Kejuruteraan dan Limbungan Brooke di Brooke Dockyard, semalam.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...