Permata Pugu Camping Site lokasi perkelahan menarik di Lundu




LUNDU: Jika anda berkunjung ke Lundu dan ingin merasai pengalaman percutian berbeza atau bagi yang menggemari aktiviti perkhemahan dan perkelahan, Permata Pugu Camping Site (PPCS) adalah lokasi dan pilihan terbaik yang patut anda tujui dan pilih sebagai lokasi penginapan anda.

Di situ anda boleh membuat pilihan bermalam di dalam khemah atau memilih penginapan berbentuk kabin yang selesa di tepi pantai. Malah pengunjung juga boleh membawa khemah sendiri untuk didirikan di situ.

Idea terbinanya PPCS ini dicetuskan oleh anak tempatan Kampung Pugu sendiri yang mesra dipanggil Bang Fizan dan telah diusahakannya sejak beberapa tahun lalu.

Terletak di tepi pantai Kampung Pugu Lundu perjalanan ke tempat ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Bandaraya Kuching. Lokasi ini dihubungkan dengan jalan raya yang baik hingga ke kampung tersebut.

Pemandangan keindahan pantai dengan laut membiru dan berlatarkan gunung dan bukit pasti menggamit perhatian pengunjung.

Pantainya yang landai, panjang dan cantik sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga sambil menyaksikan matahari terbit dan terbenam yang sangat mengasyikkan.

Jika cuaca mengizinkan pengunjung juga boleh menikmati pemandangan taburan bintang pada waktu malam yang sangat mempesonakan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini adalah pengunjung boleh memancing atau mendaki Bukit Gondol yang pasti menjanjikan keindahan mengagumkan.

Selain itu pengunjung juga boleh melihat tempat ternakan kelulut yang terletak berhampiran dengan tapak perkhemahan.Pengunjung juga berpeluang merasai keenakan madu kelulut segar dan asli yang kaya dengan khasiat tersendiri.
Lokasi ini juga menyediakan tempat bersantai dan babeku kepada pengunjung.

Kepada yang berminat untuk berkunjung dan merasai sendiri pengalaman bercuti di sini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang www.facebook.com/pugucampingsite atau menghubungi talian 0198090733.-SV

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...