Pengajaran Dari PRK Semenyih, PH Kalah Disebabkan Banyak Buat Janji Palsu




Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih Sabtu lepas memberikan tamparan hebat kepada PH yang kini merupakan Kerajaan Persekutuan.


Selain jentera Kerajaan Persekutuan yang banyak digunakan PH dalam PRK Semenyih kali ini, PH juga telah 'berjanji' kepada penduduk Semenyih dalam pelbagai bentuk yang dimaklumkan sukar untuk dilepaskan.

Tetapi, seperti Manifesto Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14), 'janji' PH pada PRK DUN Semenyih ini pasti tidak dapat dipercayai. Semuanya kerana janji palsu mereka kepada rakyat.

PH juga pernah berkata PRK DUN Semenyih ini akan menjadi medan membalas dendam kepada BN selepas kekalahan PH dalam PRK Parlimen Genting Higlands sebelum ini. 

Sebab itu, semua pemimpin PH yang berjawatan menteri termasuk termasuk Perdana Menteri Tun Mahathir dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim hadir berkempen bagi memenangi calon PH dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhammad Aiman Zanali.

Lebih 1,001 macam cerita negatif yang berlaku ke atas calon PPBM, tetapi itu mungkin tidak sangat membantu BN untuk menang kerana sokongan dan PH juga merupakan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

Tetapi, melihat kepada sentimen undi di peringkat daerah mengundi dan lokaliti menunjukkan pengundi Cina dan India masih memihak kepada PH-PPBM melainkan pengundi Melayu terus bersama BN.



Tidak dinafikan juga, sokongan pengundi muda yang sebelum ini menjadi faktor utama kepada kemenangan PH dalam PRU akhirnya memakan diri PH pada PRK DUN Semenyih.

Gabungan UMNO-PAS dalam PRK DUN Semenyih ini juga memberi gambaran jelas kerjasama kedua-dua parti Islam ini menerajui kemenangan BN kali ini.

Bagaimanapun, faktor utama kemenangan BN pastinya bertitik tolak daripada prestasi Kerajaan PH yang selama ini memungkiri janji mereka dalam PRU14 selain kepincangan pemimpin PH yang tidak bersatu dalam memberikan hujah mereka.

Ini diakui sendiri Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen dalam sidang media dalam mengulas kekalahan PH pada PRK DUN Semenyih. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...