Misi Juara Kuching FA bermula


SETELAH tiga bulan membentuk stamina, mengatur strategi, menyusun gandingan dan mengasah sentuhan, pasukan berstatus kelab, Kuching FA kini bersiap sedia untuk mengibar cabaran Kejohanan Bola Sepak Liga M3 2019.

Liga M3 julung kali dianjurkan, menggantikan Piala FAM. Ia sebagai destinasi awal pasukan yang mempunyai cita-cita besar, untuk mengorak langkah ke pentas yang lebih tinggi, Liga Premier dan seterusnya Liga Super.

Itulah misi Kuching FA yang bekerja keras sejak November tahun lalu. Mereka menghimpunkan pemain berpengalaman, termasuk dua pemain bertaraf antarabangsa, Yuta Suzuki (Jepun) dan Joseph Kallang Tie (bekas pemain Malaysia).

Beberapa bekas pemain utama Sarawak turut diserapkan, seperti Hairol Mokhtar, Dzulazlan Ibrahim, Mazwandi Zekeria dan Ramesh Lai Ban Huat, serta beberapa bekas pemain Sarawak seperti Sharan Samad, Rafiezan Razali dan pemain veteran Zulakarnain Poasa (pemain merangkap pembantu jurulatih).

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Fazzrudin Abdul Rahman yang juga pengurus pasukan menjelaskan mereka mempuyai misi besar tahun ini.


PANASKAN BADAN… Barisan pemain Kuching FA berlari-lari anak ketika sesi latihan ringan. Mereka akan menentang Ultimate FC dalam aksi pertama Liga M3 di Stadium Pulapol petang esok. Foto GHAZALI BUJANG


“Dengan barisan pemain berpengalaman yang ada serta barisan pemain tempatan yang terpilih… kami mahu menjuarai Liga M3,” kata Fazzrudin.

Malah tonggak utama, Joseph Kallang Tie juga begitu teruja untuk membantu menaikkan lagi nama Kuching FA ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kuching FA mempunyai misi dan visi… oleh itu saya tidak teragak-agak untuk membantu mereka,” kata Joseph.

Kuching FA akan membuka tirai saingan, menentang FC Ultimate FC di Stadium Pulapol Sabtu ini.

Di atas kertas, Kuching dijangka membawa pulang tiga mata. Bagaimanapun, bagi pengendali Kuching, Ideris Untong, beliau mengarahkan anak-anak buahnya agar sentiasa menghormati mana-mana lawan.

Yang pasti, Kuching FA perlu bermula dengan ‘langkah kanan’ petang esok.

Kejayaan layak ke pusingan kedua Piala FA 2019 bakal membantu Kuching FA, terutama dalam aspek keyakinan cdan motivasi.

Kuching akan menentang pasukan Liga Super, Felda United dalam pusingan kedua Piala FA di Kuching pada 1 atau 2 April depan.

Kuching mengatasi Armed Forces 4-1 melalui sepakan penalti dalam aksi kelayakan dan mengalahkan Pemanis FC 3-0 dari Terengganu dalam aksi pusingan pertama di gelanggang lawan.SuaraSarawak

JADUAL LIGA M3
SABTU (16 Mac)
Ultimate FC Lwn Kuching FA

(Stadium Pulapol, 4.30 petang)
KEPUTUSAN PIALA FA 2019

> KELAYAKAN
Kuching (0) Lwn Armed Forces (0)
* Kuching menang penalti 4-1

> PUSINGAN PERTAMA
Pemanis FC (0) Lwn Kuching FA (3)

> PUSINGAN KEDUA (1 atau 2 April)
Kuching FA Lwn Felda United
(Stadium Negeri, 4.15 petang)

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...