MFL benar Liga Super guna lima pemain import

KUALA LUMPUR: Bermula musim ini, mana-mana pasukan Liga Super dibenarkan menggunakan lima pemain import ketika berdepan lawan dari liga sama menerusi format baharu yang diperkenalkan Liga Bola Sepak (MFL).

MFL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pasukan Liga Super, bagaimanapun, hanya dibenarkan menggunakan empat pemain import manakala seorang lagi pemain import diletakkan di bangku simpanan ketika mereka berdepan pasukan dari Liga Perdana atau Liga M3 pada musim ini.
Pentadbir Liga Malaysia itu memaklumkan pasukan Liga Perdana dibenarkan menyenaraikan empat pemain import manakala pasukan amatur Liga M3 dibenarkan menggunakan dua pemain import ketika mereka berdepan sesama sendiri.

Keputusan berkenaan, jelas MFL, dicapai pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL yang bersidang  pada 15 Mac yang bersetuju meminda peraturan pemain asing membabitkan pertemuan pasukan Liga Super, Liga Perdana dan Liga M3 dalam kejohanan berformatkan piala pada musim 2019.
Untuk rekod, MFL sebelum ini hanya membenarkan empat pemain import sahaja digunakan ketika pasukan Liga Super bertemu wakil divisyen sama, mahupun bertemu skuad dari Liga Perdana dalam kejohanan berformatkan piala seperti Piala Malaysia, Piala FA atau Piala Sumbangsih.
Dalam perkembangan berasingan, MFL memaklumkan Ahli Lembaga Pengarah bersetuju mengubah peraturan sedia ada, dengan dua slot pasukan Liga M3 untuk dinaikkan ke Liga Perdana akan ditentukan menerusi perlawanan kalah mati.

MFL menjelaskan menerusi peraturan berkenaan, pasukan yang berada di tangga ke-11 Liga Perdana akan menentang juara Piala FAM, manakala pasukan tangga ke-12 Liga Perdana akan bertemu juara Liga M3 bagi mengisi dua slot ke Liga Perdana. 


Bagaimanapun, syarat untuk dinaikkan ke Liga Perdana turut mengambil kira status pasukan tersebut sama ada benar-benar layak daripada sudut kewangan, pengurusan dan sebagainya sebelum bermulanya saingan kalah mati, kata MFL. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...