3 juta individu bujang B40 terima BSH minggu ini




PUTRAJAYA - Kerajaan akan membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk bujang golongan berpendapatan rendah (B40) pada minggu ini.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam kenyataan hari ini, berkata bantuan itu akan disalurkan kepada tiga juta penerima dengan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM300 juta.

Pada 28 Jan lalu, kerajaan telah membuat bayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 kepada 4.1 juta isi rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion, katanya.

Di samping itu, katanya, Kementerian Kewangan juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM120 juta secara berperingkat mulai semalam untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) kepada 1.2 juta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata kerajaan akan terus memberi perhatian kepada isu kos sara hidup terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan bantuan disalurkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...