Menara Telekomunikasi Luban Ulu bakal buka lembaran baharu buat Spaoh



BETONG: Menara Telekomunikasi yang bakal dibina di Luban Ulu akan membuka sebuah lembaran baharu kepada Betong khususnya Spaoh dimana ianya akan merancakkan lagi aktiviti e-dagang di sini.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, ini merupakan antara langkah Kerajaan Sarawak untuk menukar corak ekonomi di Sarawak kepada ekonomi digital.


Beliau menambah, Sarawak bakal menjadi sebuah negeri yang lengkap dengan prsarana teknologi canggih.


Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Pecah Tanah
Menara Telekomunikasi Luban Ulu, Spaoh di sini.


Menurut beliau lagi, untuk tahun ini, Kerajaan Sarawak mensasarkan pembinaan sebanyak 300 buah menara telekomunikasi manakala 300 lagi akan dibina tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...