Libatkan hak rakyat di seluruh Sarawak — Fadillah




LANTANG dan senada dalam memperjuangkan hak Sarawak di Dewan Rakyat. Itu pendekatan yang diambil oleh Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berpegang kepada kata kunci slogan  perjuangan “Sarawak Diutamakan” atau “Sarawak First”.

Dalam Persidangan Dewan Rakyat Yang Ke 14 Penggal Kedua Mesyuarat Pertama (11 Mac hingga 11 April2019) jelas setiap Ahli Parlimen GPS memberikan komitmen padu dalam setiap hujah dan persoalan yang diutarakan, baik ketika sesi soal jawab, mahupun ketika mengambil bahagian dalam perbahasan.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, berpuas hati dengan penyertaan dan kesungguhan setiap Ahli Parlimen GPS dalam sesi sidang Dewan Rakyat serta hujah-hujah yang dibawa melibatkan isu dan keperluan rakyat bukan sahaja di kawasan masing-masing, malah di Sarawak secara keseluruhan dan negara pada amnya.
SUARA GPS DI DEWAN RAKYAT – Lantang dan Senada

Dalam isu melibatkan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, Fadillah berkata seperti yang ditegaska banyak kali oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, empat perkara tidak terbuka untuk rundingan iaitu imigresen, perlindungan sempadan negeri, kedaulatan atas tanah dan hasil-hasilnya serta hak menguatkuasakan undang-undang negeri mengikut perlembagaan.

“Di peringkat Sarawak, kita merasakan ada hak-hak yang sepatutnya dilaksanakan dahulu tidak dilaksanakan, malah ada hak yang telah diambil tanpa memikirkan semangat atau roh MA63 dan pembentukan Malaysia itu sendiri,” katanya.

Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi, lantang menyuarakan betapa pindaan berkenaan perlu dipersetujui dan mendapat restu kerajaan negeri terlebih dahulu dan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selain perlu diedar kepada ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Sabah sebelum dibentang.

“Saya mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang ini sekiranya ia dibentangkan tanpa dipersetujui terlebih dahulu oleh kerajaan negeri Sarawak dan Sarawak,” kata beliau yang tidak mahu terperangkap dan dipersalahkan oleh generasi akan datang jika pindaan itu tidak memuaskan hati rakyat Sarawak.SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...