Bagi Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri menyokong hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, pindaan itu tidak seharusnya menjejaskan hak Sarawak dan Sabah sedia ada.
“Misalnya kita rujuk kembali Perjanjian 63 dan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 112D, mengenai pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah. Tiada kajian semula dibuat sejak 1969 bagi Sarawak walaupun Sarawak pengeluar minyak dan gas sebanyak 40 peratus dari keseluruhan hasil minyak dan gas negara,” katanya.
Bagi Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, MA63 adalah perjuangan penting untuk semua wakil rakyat dari Sarawak, dengankerajaan Sarawak mahu supaya hak-hak autonomi yang merangkumi kewangan, eksplorasi minyak, perlombongan dan gas, perundangan, tanah dan hasil tanah, kerja raya Persektuan dan negeri, maritim dan perikanan, sumber manusia, serta perkhidmatan awam negeri dikembalikan semula di bawah kekuasaan negeri Sarawak.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, pula berkata hasrat dan iltizam kerajaan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan adala dialu-alukan dan dengan pindaan ini bermakna kedudukan atau status Sarawak dan Sabah akan dikembalikan menjadi “Rakan Yang Setara’ yang membentuk Malaysia.
“Cadangan ini adalah penting dan fundamental ke arah mengembalikan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub didalam MA63 dan perkara lain di dalam Perlembagan Persekutuan.
Cadangan pindaan ini juga adalah petanda keikhlasan kerajaan hari ini untuk duduk semeja berbincang perkara lain khususnya hak-hak Sarawak dan Sabah yang terhakis,” katanya.
Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab, meminta supaya pencerahan diberikan mengenai apakah faedah dan manfaat pindaan Perkara 1(2)dan sekiranya ada terdapat kerugian turutan atau consequential loss kepada mana-mana undang-undang berkaitan negeri Sarawak dalam membuat pindaan ke atas perkara berkenaan.
Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang, mahu tahu apakah hasil sebenar minyak dan gas dari Sarawak sejak PDA74 mula beroperasi dan berapa yang diberikan kepada Sarawak.
“Kita difahamkan Petronas mempunyai lebih 60 oil field di Sarawak dan dapat mengeluarkan 850,000 tong minyak sehari.
Kalau dikira dengan kos satu tong USD68 bermakna Petronas dapat RM25 juta sehari atau RM90 bilion setahun dengan lima peratusroyalti sepatutnya diberi kepada Sarawak dalam RM44.5 bilion,” katanya sambil berharap Kerajaan Pusat akan memberikan 20 peratus royalti minyak dan gas berasaskan pengeluaran kepada Sarawak.SV
No comments:
Post a Comment