Lelaki warga Filipina berbogel di Bukit Bintang




GAMBAR tular lelaki berusia dalam lingkungan awal 30-an, dipercayai warga negara Filipina, yang tidak berpakaian berdiri di atas sebuah kereta.

KUALA LUMPUR: Seorang individu dikesan berbogel sambil melakukan aksi lucah di hadapan sebuah pusat beli belah di sekitar Jalan Imbi, berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang, di sini, hari ini.

Terdahulu, video dan gambar lelaki berusia dalam lingkungan awal 30-an, dipercayai warga negara Filipina, yang tidak berpakaian berjalan di tengah jalan raya sekitar Jalan Barat off Jalan Imbi, tular di dalam laman sosial.

Lelaki terbabit kemudian turut didapati berdiri di atas sebuah kereta sebelum menuju ke arah kereta lain.

Ada beberapa ketika dia menuju ke tepi dan tengah jalan, menuju ke arah tiang lampu serta melakukan aksi lucah.
Orang ramai yang melihat kejadian berkenaan kemudian memaklumkannya kepada pihak polis.

Berdasarkan maklumat awal, lelaki dipercayai kurang siuman itu kemudian ditahan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selanjutnya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...