Kisah Sebenar Tersirat Di Sebalik Laungan DAP Penyelamat Dayak




Parti Tindakan Demokratik (DAP Sarawak kini sedang gigih mempromosikan kononnya mereka adalah "Penyelamat Dayak" dalam usaha meraih sokongan pengundi, khususnya pengundi kaum Dayak di Sarawak untuk Pilihan Raya Negeri (PRN12) Sarawak yang bakal diadakan lebih kurang dua tahun lagi. 


Pertama sekali kita harus imbau kembali sejarah penubuhan DAP dan apakah misi dan matlamat utama perjuangan parti tersebut. 

Salah satu dari objektif utama DAP adalah perlaksanaan sama rata untuk semua etnik atau dalam bahasa mudah tiada lagi keistimewaan serta hak Bumiputera dan hak semua etnik adalah sama rata. 

Orang ramai boleh merujuk sendiri laman web rasmi DAP dihttp://dapmalaysia.org/newenglish/au_vm_pp.htm atau 

https://dapmalaysia.org/parti/parti/ di bawah  polisi tajuk Penubuhan Parti yang ada menyebut ‘perlaksanaan sama rata untuk semua etnik’.

Jelas sekali agenda mereka ingin menghapuskan taraf dan hak keistimewaan Bumiputera termasuk kaum Dayak di Sarawak. 

Sedar atau tidak, niat DAP menjayakan matlamat mereka ini telah digambarkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam tidak berapa lama dulu apabila dia mencadangkan agar menyatukan Kanun Tanah Negeri Sarawak dengan Kanun Tanah Negara. 

Jika ianya diseragamkan bermakna ianya pasti akan menjejaskan status tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) termasuk Pemakai Menoa dan Pulau Galau Sarawak. 

Sarawak mempunyai kanun tanah sendiri berdasarkan perlembagaan negeri dan ia tidak boleh diubah sesuka hati, termasuk untuk disatukan ke dalam Kanun Tanah Negara biarpun DAP/PH sudah menjadi Kerajaan Persekutuan, apa-apa pemindaan undang-undang yang melibatkan Sarawak perlu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. 

Yang menjadi benteng kepada hak dan keistimewaan Sarawak kini adalah DUN Sarawak yang kini dikuasai oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Sebab itulah DAP Sarawak bersungguh-sungguh mahu menawan Sarawak pada PRN12 Sarawak nanti untuk menjayakan agenda utama mereka ini. 

Rakyat Sarawak harus memikirkan perkara ini dengan serius sebab ianya bukan sahaja melibatkan hak dan keistimewaan kita tetapi masa depan anak cucu kita. 

Maka ianya adalah sangat penting agar mengekalkan kuasa pemerintahan Sarawak dipegang oleh pemimpin tempatan agar hak dan kuasa Sarawak tidak terhakis disebabkan oleh campur tangan orang luar.

DAP/PH akan meneruskan agenda mereka dengan apa cara sekali pun dalam usaha melemahkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. 

Kepada rakyat Sarawak, bijaklah membuat pertimbangan menilai apa jua dakwaan mereka dan usahlah terlalu taksub dengan kritikan mereka terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Nilailah sendiri apakah DAP benar-benar "Penyelamat Dayak" atau sebenarnya adalah "Pemusnah Dayak".-ADMIN KAMI


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...