Kerajaan Sarawak komited bekalkan elektrik untuk kemudahan rakyat



SARIKEI: Kerajaan Sarawak amat komited dalam membekalkan kemudahan bekalan elektrik untuk rakyat di negeri ini.


Menteri Utiliti Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom berkata, sebanyak RM2.37 bilion peruntukan khas telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg bagi tahun 2019 dan 2020.

Menurutnya, setakat ini Sarawak telah mencapai liputan bekalan elektrik 24 jam kira-kira 91 peratus.

“Manakala, dianggarkan kira-kira 29,600 isi rumah atau 9 peratus penduduk di kawasan luar bandar yang masih belum mendapat bekalan elektrik 24 jam.

“Sasaran kita (Kementerian Utiliti) kini adalah untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya menjelang tahun 2025,” katanya dalam Majlis Penyerahan Hak Milik Projek SARES Solar Fasa 2B Rh. Sang Anak Lasa, Rantau Chire Ulu Entabai, Pakan, semalam.

Dr. Stephen Rundi menambah, projek SARES adalah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Kementerian Utiliti dan dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad melalui peruntukan Kerajaan Negeri untuk membekal elektrik 24 jam kepada penduduk di pedalaman terpencil.

Jelasnya, strategi membekal elektrik luar bandar adalah melalui sambungan BELB Grid Agihan dan Sambungan RPSS Grid Penghantaran untuk kawasan yang mempunyai akses jalan, manakala sistem tunggal menggunakan sumber tenaga elektrik alternatif seperti HYBRID dan SARES untuk kawasan pedalaman yang terpencil.

“Projek sistem janakuasa solar yang bernilai RM5 juta di bawah skim SARES Fasa 2 ini, akan memberi manfaat kepada hampir 777 penduduk dari 110 isi rumah yang melibatkan lima buah rumah panjang di Ulu Entabai, Pakan,” katanya.

Rumah panjang yang terlibat dengan penyerahan sistem SARES kali ini ialah Rh Sang, Rantau Chire Ulu Entabai, Pakan, Rh Jalang, Ng Buyu Ulu Entabai, Pakan (Rh Jalang), Rh Tonny, Emperan Dambar Ulu Entabai, Pakan, Rh Japar, Ng Kemalih, Pakan dan Rh Igan, Pakan.

Sementera itu, dalam projek SARES Fasa 3 ini, ia melibatkan tiga buah rumah panjang di DUN Pakan yang dijangka siap hujung bulan ini.

Ia akan memberi kemudakan bekalan elektrik kepada 63 isi rumah dengan 425 penduduk rumah panjang.

Dalam Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan dalam tempoh 2019-2020 untuk menerangi 191 buah kampung yang melibatkan 6,068 isi-rumah dibawah SARES.

Sejak pelaksanaan SARES, lebih 3,197 isi rumah di 176 buah kampung dan rumah panjang terpencil kini dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...