Kerajaan akan bina Tebingan Siniawan untuk tingkatkan industri pelancongan di daerah Bau



Kuching: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg semalam telah meluluskan projek membina Tebingan Siniawan dalam usaha menambahkan lagi infrastruktur untuk menarik para pelancong ke daerah Bau dan Siniawan.

Berucap di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Masyarakat Siniawan semalam, beliau berkata jika ditambahkan dengan perkhidmatan bot dari Kuching ke Siniawan menyusuri Sungai Sarawak sudah tentu aktiviti itu akan menarik minat pelancong.

Pelancong boleh datang ke Siniawan dengan menaiki perkhidmatan bot tersebut akan menyusuri Jambatan Satok, Jambatan Sri Sulaiman hingga ke Siniawan.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata, Tebingan Siniawan dijangka akan melonjakan industri pelancongan terutama di Siniawan dan kawasan Tasik Biru.

Pada majlis yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa Jalan Bau lama sepanjang kira-kira 20 kilometer akan dinaik taraf menjadi dua laluan dan akan dimasukkan di dalam Pelan Pembangunan Malaysia Ke-12 nanti. Dianggarkan kos naik taraf bernilai RM100 juta.

Dalam majlis itu, Datuk Patinggi Abang Johari turut mengumumkan akan menambah menara telekomunikasi di kawasan tersebut dengan capaian kelajuan internet 3G ke 4G.

Ketua Menteri turut menyampaikan ‘Special
Development Assistance Fund’ (SDAF) 2018 kerajaan negeri kepqda lapan orang penerima.

Terdahulu, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Zaidi bin Haji Mahdi menyampaikan Warta Rizab Komunal Bumiputera (Warisan) Gunung Muan/Bukit Peninjau Bau kepada Penghulu Ranit anak Rujah.

Turut hadir Datuk Amar Douglas Uggah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Menteri-Menteri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta penduduk di kawasan setempat.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...