Anda bakal dapat tunggang kuda di pekan koboi Siniawan



BAU: Tidak lama lagi anda bakal dapat menunggang kuda di pekan koboi Siniawan dekat sini.

Sinaiwan mempunyai potensi yang besar dari segi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menyedari potensi tersebut, pusat penternakan kuda akan dibuka di Siniawan agar pengunjung dapat merasai pengalaman menunggang kuda.

Menunggang kuda, kata beliau, merupakan simbol sejarah di Siniawan.
Selain itu, Abang Johari turut mencadangkan agar Siniawan membina tebingan sungainya sendiri di Kuching yang mengambil kira unsure dan identitinay sendiri.

Beliau memuji sikap masyarakat berbilang etnik di sini yang mengamalkan hidup yang harmoni.

“Pelancong dapat melihat pelbagai budaya yang menunjukkan rakyat berbilang kaum di sini hidup bersatu,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Masyarakat Siniawan di sini malam tadi.

Siniawan, sebuah pekan kecil kira-kira 25 km dari bandar raya Kuching masih mengekalkan struktur binaan bangunan kedai kayu lama.

Baru-baru ini Bernama melaporkan, Siniawan kelihatan seperti sebuah ‘pekan koboi’ mati dan sering disangka tidak menarik bagi pelancong untuk singgah atau berjalan-jalan ke situ.

“Namun, siapa sangka, ‘pekan koboi’ yang terletak di tepi sungai itu bertukar menjadi meriah pada sebelah petang dan malam dengan kehadiran ramai penduduk setempat dan pengunjung luar yang mahu menyaksikan panorama waktu senjanya,” kata laporan itu.

Pada waktu senja, suasananya cukup menggamitkan, seolah-olahnya anda berada pada zaman 70-an yang penuh dengan nostalgia.

Pada sebelah malam pula, dua blok deretan kedai kayu lama di pekan itu akan dilimpahi cahaya lampu merah tanglung Cina yang digantung di setiap lorongnya.

Keaslian pekan lama Siniawan menyebabkan ia terus relevan kepada industri pelancongan.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...