Kebakaran hutan hampiri sempadan dengan Brunei





GIAT: Anggota bomba memadam kebakaran hutan di Kampung Lubuk Piasau semalam.

LIMBANG: Anggota bomba mengerah tenaga hampir seminggu untuk memadam kebakaran hutan berkeluasan 23 ekar yang menghampiri sempadan dengan Brunei sejak Jumaat lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, kerja-kerja memadam api di hutan berkenaan kini memasuki hari keenam.

Jelasnya, kawasan terbakar meliputi keluasan 23 ekar dan cuma kira-kira 50 meter dari sempadan dengan Brunei.

Beliau berkata, 23 anggota termasuk anggota Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Seberang Kedai, 5 Gabungan dan KABIMA terlibat dalam operasi semalam.

“Kita telah dapat memadam sekitar 20 ekar keluasan kawasan hutan sejak enam hari lepas,” katanya kepada media semalam.

Sebelum ini katanya, pihaknya menghadapi masalah air, namun selepas kolam takungan sementara dibuat dua hari lepas, proses pemadaman kembali lancar.

Katanya lagi, dua pam air digunakan untuk mengepam air ke tempat operasi membabitkan sembilan pancutan air.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...