Graduan UNIMAS laku dalam pasaran kerja



KOTA SAMARAHAN: Graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menarik minat majikan dengan kadar kebolehpasaran pada 2017 mencatatkan 81 peratus, iaitu mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata pencapaian itu membuktikan komitmen yang dilaksanakan UNIMAS seperti program keusahawanan, CEO Faculty Programme, dan UNIMAS Talent Recruitment dan Career Exhibition (TRACE), serta kerjasama erat dengan JobStreet.com, ternyata memberi kesan besar kepada kebolehpasaran graduan.

Beliau berkara, baru-baru ini UNIMAS terpilih sebagai Jobstreet.com Preferred University dan itu pengiktirafan JobStreet.com kepada majikan bahawa universiti itu yang terpilih dan disyorkan di Malaysia.

“JobStreet.com Preferred University juga satu jaminan kepada majikan bahawa UNIMAS menawarkan graduan kualiti terbaik kepada mereka.

“Dengan pengiktirafan ini, graduan UNIMAS akan dipaparkan dalam pencarian premium 90,000 majikan berdaftar dengan JobSreet.com,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mohamad Kadim berkata, kebolehpasaran graduan UNIMAS juga disumbangkan oleh pengiktirafan antarabangsa yang diterima universiti itu, termasuk diiktiraf antara 1001 universiti terbaik dunia oleh Times Higher Education, World University Ranking yang berpangkalan di London.

Beliau berkata, di peringkat kebangsaan pula, UNIMAS berada di kelompok 10 universiti terbaik di Malaysia dan universiti terbaik di Borneo.

“Times Higher Education turut mengumumkan subjek kejuruteraan dan teknologi UNIMAS berada pada ranking 801 terbaik dunia, manakala Times Higher Education World Emerging Economics Rangking Januari lalu pula meletakkan UNIMAS pada kedudukan 351 dunia dan 301 di rantau Asia Pasifik daripada keseluruhannya 450 universiti di dunia yang layak diukur ranking itu.

“Selain itu, dalam QS Asian University Ranking, UNIMAS berada pada kedudukan 236, berbanding 247 pada tahun sebelumnya dan menjadikan kita dalam kelompok terbaik peratus daripada 11,900 universiti di Asia,” katanya.

Beliau berkata, dalam QS Star Rating pula, UNIMAS berjaya mendapat penarafan lima bintang dalam pengajaran, kebolehpasaran graduan, kemudahan dan keterangkuman.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...