Bentuk muka bumi Sarawak sukarkan usaha banteras arak tiruan – Chong



KUCHING: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen mengakui bentuk muka bumi dan saiz Sarawak yang luas menyukarkan usaha mengekang penularan dan penyeludupan arak tiruan di negeri itu.

Justeru katanya, kerjasama orang ramai diperlukan selain masyarakat perlu meningkatkan kesedaran bahawa pengambilan minuman keras tiruan bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan tetapi juga mengundang maut.

“Tahun lepas, kes keracunan minuman keras meragut 49 nyawa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Minuman Keras Tidak Sah bagi Peniaga peringkat negeri, di sini hari ini.

Katanya kandungan arak tiruan diragui kerana proses pembuatannya berkemungkinan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Minuman keras yang tidak sah atau tiruan adalah barangan yang dibuat atau diimport tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa, tidak membayar cukai serta tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini,” katanya menambah, kerajaan juga kerugian ratusan juta ringgit dari segi cukai.

Sehubungan itu katanya, masyarakat harus menjadi pengguna bijak dengan mengelak membeli minuman keras tidak sah walaupun harganya jauh lebih murah berbanding yang tulen selain berpada-pada semasa mengambil minuman keras.

Pindaan Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 yang dikuatkuasakan pada 2 Jan lepas memperuntukkan peniaga yang ingkar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM100,000 bagi kesalahan pertama, manakala untuk kesalahan kali kedua hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda RM200,000.

Orang ramai yang mempunyai aduan tentang penjualan minuman keras tidak sah boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-8888-55, dan di Kuching hubungi 082-333 133.–BERNAMA

SARAWAK ARITOK

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...