Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong 2019 dijangka lebih meriah





PROMOSI: Rozalia menunjukkan risalah digital festival.

KABONG: Ruang udara kawasan Pantai Tanjung Kembang pada 8 hingga 10 Mac ini akan dipenuhi dengan layang-layang pelbagai bentuk.

Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong 2019 merupakan kali kedua diadakan di Pantai Tanjung Kembang, di sini.

Ketua urus setia jawatankuasa penganjur festival, Rozalia Rajali berkata 30 negara mengesahkan penyertaan.

Antaranya Australia, Belgium, Brunei, Kanada, Jerman, Indonesia, Jepun, Korea, Macau dan New Zealand.

“Pada tahun ini kami menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung sehari berbanding tahun lepas 7,000 pengunjung,” katanya kepada Pasukan Kembara Utusan Borneo dan The Borneo Post (BAT) 2019 di sini, semalam.

Daerah Kabong merupakan destinasi terakhir jelajah BAT 2019 yang mengambil masa seminggu meneroka kawasan pesisir Sarawak dari Sebuyau hingga ke Daro.

Festival yang disenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak itu merupakan anjuran Pejabat Daerah Kabong.

Rozalia yang juga merupakan pembantu tadbir di Pejabat Daerah Kabong berkata lagi, aktiviti berteraskan pelancongan itu dapat membantu penduduk tempatan menjana pendapatan.

Misalnya inap desa (homestay) dan gerai jualan. Sebanyak 12 inap desa dan chalet ditempah para peserta, jelasnya.

Majlis perasmian dijadual akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 10 Mac.

Antara acara sampingan ialah minggu bikers, bolasepak Pantai dan tarik tali.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...