Denda jika potong rambut ikut gaya Barat di Bangladesh



PERSATUAN tukang gunting rambut di kawasan utara Bangladesh memberi amaran kepada ahlinya supaya tidak menawarkan gaya potongan rambut atau gaya janggut ‘asing’ atau akan dikenakan denda. - Foto Moneycontrol

DHAKA: Sebuah persatuan tukang gunting rambut di kawasan utara Bangladesh memberi amaran kepada ahlinya supaya tidak menawarkan gaya potongan rambut atau gaya janggut ‘asing’ atau akan dikenakan denda.


Satu arahan persatuan sudah digantung di semua kedai gunting rambut di kawasan Bhuapur di negara konservatif majoriti Muslim itu yang mempunyai 165 juta penduduk.

Mana-mana tukang gunting rambut yang melanggar arahan itu akan dikenakan denda sebanyak 40,000 taka (RM1,942).

Gaya rambut keterlaluan yang digunakan segelintir wira Bollywood dan Hollywood serta pemain kriket terkemuka semakin popular di kalangan belia di Bangladesh.

Difahamkan, potongan rambut nipis dan kemas sudah biasa dengan budaya di negara itu.

Ketua persatuan, Shekhar Chandra Sheel memaklumkan mereka mengambil langkah itu, susulan permintaan daripada ketua polis tempatan.

“Beliau meminta kami supaya tidak memotong rambut dan janggut mengikut gaya Barat. Katanya, semua gaya rambut ini menjejaskan generasi muda kami,” katanya.

Katanya, kedai gunting rambut di kawasan berjiran Sakhipur dan Basail turut melaksanakan langkah sama. - AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...