Beregu Indonesia bangkit atasi Aaron-Wooi Yik



Hasrat beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (kiri) untuk menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia dalam acara beregu lelaki Seluruh England berkecai apabila tewas kepada bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 11-21, 21-14, 21-12 di Arena Birmingham. - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia dalam acara beregu lelaki Seluruh England lebur apabila tewas kepada bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Arena Birmingham, sebentar tadi.

Bagaimanapun, pujian tetap perlu diberikan kepada pasangan muda negara itu kerana berupaya memberi tentangan sengit dalam tempoh 49 minit sebelum tumbang 21-11, 14-21, 12-21 kepada Ahsan-Hendra  di pentas final.

Kegagalan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus kemarau gelaran di peringkat senior sejak disatukan selaku beregu pada November 2017.

Kali terakhir, Malaysia berjaya menjuarai acara beregu lelaki dalam kejohanan badminton tertua dunia itu adalah menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2007.

Dalam aksi berkenaan, Aaron-Wooi Yik seakan menepati status 'pembunuh gergasi' di set pertama apabila tenang mengetepikan cabaran lawan 21-11, namun mereka seolah-olah goyah sejak bermula set kedua sehingga ketinggalan 0-5 sebelum dijinakkan oleh Ahsan-Hendra 21-14 untuk aksi diheret ke set penentuan

Pada set ketiga mereka terus longlai apabila banyak melakukan kesilapan sekali gus kecundang 12-21 kepada gandingan veteran Indonesia itu yang juga bekas juara edisi 2014.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...