Anwar, Abdul Hadi senada, Tun M bukan diktator




Anwar pada sidang media selepas persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. FOTO Hafiz Sohaimi


PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak terus ‘membodek’ Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Perdana Menteri bukan seorang diktator, sebaliknya seorang pemimpin yang tegas.

Bagaimanapun apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri bukan seorang diktator, Anwar senada dengan Abdul Hadi.

“Bagi kita tidak,” kata Anwar kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, PKR secara konsisten menyokong dan sudah memilih Dr Mahathir memimpin negara.

“Kita sokong beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sebaliknya sikap PAS, katanya, tidak konsisten dan menyokong mengikut rentak gendang.

“Abdul Hadi ini ikut rentak gendang ikut pandangan dia, PAS nak kipas tak payahlah, biar dia jelas hutang dia dulu,” katanya.

Terdahulu Abdul Hadi berkata, Dr Mahathir bukan seorang diktator tetapi pemimpin yang tegas.

Katanya, Dr Mahathir dipilih dalam pilihan raya yang sah dan Pakatan Harapan memilih beliau sebagai Perdana Menteri.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengulas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar kelmarin apabila mengatakan sukar bekerjasama dengan Dr Mahathir yang juga bekas diktator.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...