18 sekolah kawasan Parlimen Igan daif



KUCHING: Sebanyak 18 sekolah dikategorikan sekolah daif di kawasan Parlimen Igan perlu perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara tersebut disuarakan oleh Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dalam Ucapan Titah Diraja Parlimen Ke-14 Penggal Kedua di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Antara sekolah itu Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Tian, SK Ulu Daro, SK Kuala Matu, SK Kg Tebaang, SK Kg Pangtray, SK Kg Nangar, SK Orang Kaya Segunim, SK Orang Kaya Selair, SK Kg Pergau, SK Kg Sawai, SK Sekaan Kecil, SK Bruan Mapal, SK Sg Pasin, SK Batang Lassa, SK Kg Sok, SK Nangga Semah, SK Sebena dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu.

“Saya memohon kepada KPM agar semua sekolah daif di kawasan saya dimasukkan dalam senarai perlaksanaan pembinaan baharu bila pembinaan sekolah-sekolah daif di seluruh Sarawak dimulakan nanti
“Perlaksanaan atau pembinaan ini nanti haruslah lengkap dengan kuaters guru dan kakitangan dan juga kemudahan lain,” katanya.

Beliau menambah banyak sekolah di kawasan tidak mempunyai kuarters tempat tinggal menyebabkan ramai guru-guru dan kakitangan sekolah yang terpaksa menyewa dikampung dan pekan yang jauh dari sekolah.

“Ini amat menyukarkan untuk warga sekolah melaksanakan aktiviti dan program kokurikulum dengan lebih bertanggungjawab dan efisien.

“Ada guru-guru yang terpaksa berulang-alik dari Pekan Daro ke sekolah sejauh 45 km setiap hari. Manakala ada juga yang terpaksa menggunakan feri setiap hari,” tegasnya.-SuaraSarawak


Gambar hiasan


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...