Zunita lega terima panggilan kedua Yusuf dari Kemboja






KUCHING: Meskipun perbualan telefon bersama Yusuf Islam Abdul Halik sekadar lima minit pada petang Jumaat, tetapi ia cukup meredakan kegelisahan hati ibunya, Zunita Sedini.

Yusuf, 21, seorang daripada warga Malaysia yang kini ditahan di Penjara Banteay Meanchey, Kemboja bersama 46 lagi yang lain, menerusi perbualan singkat itu memberitahu mereka semua selamat dan dijaga baik.

Bapa saudara Yusuf, Mohammad Nazeeb Ali berkata kakak iparnya, Zunita, memaklumkan kepada anaknya bahawa semua rakyat Malaysia khususnya Sarawak mendoakan mereka di sana agar cepat dibebaskan.

"Beliau (Yusuf) mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa yang berterusan," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini. 

Sambil memberitahu ia merupakan perbualan kedua antara Yusuf dan Zunita, Nazeeb berkata ia merupakan petanda positif dan membuktika kerajaan melaksanakan tugas dengan baik demi rakyat mereka.

"Semoga segala usaha mereka dipermudahkan Allah," katanya.
Kali pertama Yusuf berhubung dengan ibunya pada Disember menggunakan panggilan video bagi tujuan memaklumkan mereka berada dalam tahanan penjara dan selamat.

Esok, keluarga Zunita akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan keadaan terkini Yusuf.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...