
KEDUTAAN Besar Malaysia di Phnom Penh. - Foto FB
PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sudah mengemukakan Nota Diplomatik kepada Kementerian Luar Kemboja memohon supaya 47 tahanan warga Malaysia yang ditahan di negara itu dibebaskan.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini, berkata pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh juga sudah mengadakan lawatan konsular ke atas tahanan berkenaan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.
“Lawatan bertujuan memastikan kebajikan tahanan terpelihara. Pegawai Kedutaan Besar turut mengadakan pertemuan dengan pegawai penjara dan hakim yang mengendalikan kes itu.
“Tahanan menyatakan mereka ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di sana,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sedang memantau perkembangan kes itu dengan rapi dan bersedia menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.-BH Online
No comments:
Post a Comment