Pekerja syarikat perkhidmatan memungut sampah maut dirempuh kereta





Anggota bomba menurunkan mayat mangsa.

KUCHING: Seorang pekerja syarikat kontraktor perkhidmatan memungut sampah disahkan meninggal dunia selepas dirempuh kereta ketika sedang bertugas di Jalan Ong Tiang Swee, kira-kira pukul 6 pagi hari ini.

Impak rempuhan tersebut menyebabkan mangsa tercampak dan tersangkut diantara tiang telefon dengan sebuah pondok.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang ke lokasi kejadian untuk menurunkan mangsa.

“Bomba menjalankan operasi menurunkan mangsa dan dia (mangsa) telah disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang turut hadir di lokasi kejadian,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Mayat mangsa dikenali sebagai Hamka Su’ud berusia 48 tahun dan berasal dari Taman Dusun Indah, Jalan Sejijak kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut polis berhubung kejadian juga masih dijalankan.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...