Warga emas maut dirempuh ketika melintas jalan


 


KUCHING: Seorang lelaki warga emas terbunuh apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan raya di Batu 30 Jalan Kuching-Serian, dekat sini sekitar pukul 2.10 petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa Then Sin Choy, 67 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Menurutnya, mangsa semasa kejadian dipercayai sedang melintas jalan lalu dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Pemandu SUV dari arah Kuching dipercayai tidak sempat mengelak mangsa yang dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kiri jalan menghala ke Serian.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki kanan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa anggota paramedik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serian untuk bedah siasat.

“Manakala pemandu SUV dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Alexson.

Kes tersebut kini dalam siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...