Pasukan bomba dan penduduk kampung bersama mencari mangsa hilang.
KUCHING: Seorang warga emas dilaporkan hilang dalam hutan berhampiran Rumah Buda Meriok Nanga Engkilili, Sri Aman pada Sabtu.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima panggilan terus dari polis berhubung kehilangan mangsa,
Langkau Belun, 85, pada pukul 8.42 malam.
Katanya, laporan awal mengatakan mangsa keluar rumah pada pukul 11 pagi semalam atas tujuan yang belum dapat dipastikan.
"Anak mangsa yang menyedari kehilangan bapa membuat laporan di Balai Polis Engkilili sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dihubungi untuk tindakan lanjut.
"Selepas menerima laporan itu, pasukan diketuai Bangga Baie bersama empat anggota bergegas ke lokasi untuk meninjau persekitaran," katanya dalam satu kenyataan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkilili, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung itu ditangguhkan pada pukul 12 tengah malam sebelum disambung semula hari ini.
-Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment