Tiga dicekup, polis selesaikan kes pecah masuk di Bintulu



 


DICEKUP: Dua daripada suspek bersama barangan yang dipercayai dicuri dari sebuah pejabat di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu pada 3 Februari lalu.

BINTULU: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Kampung Baru di sini sekitar jam 3.15 petang kelmarin, sekali gus menyelesaikan satu kes pecah masuk melibatkan sebuah pejabat di Jalan Sultan Iskandar pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan media semalam mengesahkan ketiga-tiga suspek berumur antara 27 dan 39 tahun berada di rumah terbabit ketika serbuan dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan turut menemui pelbagai peralatan pertukangan seperti mesin gerudi, mesin pengasah, mesin pemecah dan banyak lagi peralatan pertukangan lain yang dianggarkan bernilai RM15,000 di rumah berkenaan,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu akan dibawa ke Mahkamah Bintulu bagi permohonan tahanan reman untuk membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek ini, kita telah berjaya menyelesaikan satu kes pecah masuk pejabat yang dilaporkan berlaku pada 3 Februari lalu,” tambahnya.

Kes tersebut katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun berserta denda dan jika didapati berniat untuk mencuri, hukuman penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...