Teruja menanti perlawanan sulung




BERSEDIA: Barisan pemain skuad Piala Presiden Sarawak bersama Abdul Jalil Ramli (duduk tengah) serta penolong-penolong jurulatih bersedia menghayun cabaran Piala Presiden 2019.

MIRI: Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Sarawak, Abdul Jalil Ramli yakin pasukannya mampu mencipta kejutan di halaman sendiri pada aksi pembukaan.

Menurutnya, bukan sahaja peminat, pemain-pemain serta pihak pengurusan pasukan juga kini amat teruja menantikan perlawanan sulung skuad Piala Presiden Sarawak di laman sendiri (Stadium Miri) Khamis ini.

Skuad Sarawak akan menentang pasukan berstatus kelab, PKNP FC pada perlawanan pembuka tirai kempen Piala Presiden 2019 di Stadium Bandaraya Miri, Khamis ini bermula jam 4.15 petang.

“Segala persiapan untuk menghadapi PNKP FC sedang giat dilakukan dan kita masih menjalani latihan fasa terakhir bagi membaiki pelbagai kelemahan yang ketara dimiliki pasukan kita,” katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Jalil, skuad muda Sarawak kini giat menjalani latihan fasa terakhir menjelang perlawanan pembukaan Khamis ini.

Pasukan Piala Presiden Sarawak sebelum ini telah pun mengadakan perlawanan persahabatan dengan menentang Piala Presiden Selangor, Syarikat Air Melaka (SAMB) dan RAMD FC Melaka.

Justeru, peminat bola sepak tempatan boleh mula membeli tiket perlawanan sulung skuad muda Sarawak, Piala Presiden 2019 bermula hari ini (Selasa).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Mohd Saif Jubaidi berkata tiket dijual pada harga RM5 bagi semua tempat duduk.

Sehubungan itu, beliau memberitahu pembelian tiket boleh dilakukan di beberapa lokasi sekitar Miri termasuk di Stadium Miri (pada hari perlawanan jam 3 petang).

Menurutnya, harga tiket sangat berpatutan dan mampu milik memandangkan ia adalah julung kali Miri menjadi tuan rumah kejohanan berprestij itu.

“Tiket juga boleh dibeli di LEA Sports Centre Bintang Megamall, Stesen Petronas Jalan Bulan Sabit, Stesen Petronas Jalan Bintang dan Stesen Petronas Luak,” jelasnya.

Mohd Saif berkata, pada masa sama tiket turut dijual di Fox Sport Centre, Pejabat Miri FA dan Lemidin Cafe Jalan Piasau di sini.

Peminat bola sepak tempatan dijemput datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah di bawah kendalian Abdul Jalil Ramli.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...