Nicol umum persaraan



KUALA LUMPUR: Selepas 27 tahun, Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol David yang juga juara dunia lapan kali, mengumumkan akan menamatkan kariernya sebaik berakhirnya musim Jelajah PSA 2018-19 Jun ini.

"Ini adalah saat di mana setiap atlet perlu lalui - untuk meneroka apa yang boleh dilakukan. Saya kini berada di tahap di mana saya bersedia untuk melakukan lebih daripada jelajah profesional. Keputusan ini sudah saya fikirkan untuk beberapa waktu dan saya tahu ini adalah musim terakhir saya.

"Fikiran dan badan saya sudah bertarung untuk terus kekal berada di puncak permainan buat masa yang lama, yang membuatkan saya rasa ini adalah musim terakhir saya boleh melakukan sehabis baik sebelum saya melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nicol yang berumur 36 tahun pada Ogos ini, bermain skuasy seawal lima tahun dan memulakan karier sebagai pemain pada 1992 apabila merangkul pingat perak dalam Kejohanan Remaja Pulau Pinang.
Beliau merangkul gelaran dunia pertama tujuh tahun kemudian pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 1999 di Antwerp, Belgium ketika berusia 15 tahun.

Kejayaannya itu meletakkan dirinya sebagai juara remaja dunia wanita termuda dalam sejarah dan kemudiannya menjulang gelaran dunia pada 2005 sekali gus meletakkannya di ranking pertama dunia buat kali pertama pada Januari 2006 ketika berusia 23 tahun dan rakyat Malaysia dan Asia pertama berada di kedudukan nombor satu dunia.

Selama 112 bulan berada di kedudukan
pertama dunia, Nicol yang dikenali dengan panggilan Duracell Bunny disebabkan kelincahan pemain berfizikal kecil itu bagaimanapun menghadapi kesukaran kebelakangan in.

Kemuncaknya apabila terkeluar daripada kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama tahun lalu apabila berdepan saingan pemain lebih muda.

Biarpun mengumumkan persaraan, Nicol memaklumkan beliau mahu memberi semula kepada sukan disayanginya itu serta mahu bekerjasama dengan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam meningkatkan kesedaran serta menubuhkan pasukan sokongan bagi atlet skuasy profesional meneruskan saingan dalam jelajah disertai.

Berpangkalan di Amsterdam, Belanda di bawah bimbingan Liz Irving, Nicol juga mahu memberi tumpuan kepada Yayasan Nicol David bagi membantu generasi muda negara ini terutamanya wanita untuk mencapai potensi tertinggi serta berkongsi kisah perjalannya menerusi ceramah.

"Pada beberapa bulan akan datang sehinggalah berakhirnya musim Jun ini, saya akan berkongsi kempen "Impian masih kekal', semua yang saya peroleh daripada skuasy dalam hidup saya.

“Saya mahu menikmati beberapa kejohanan terakhir bersama dengan semua orang menerusi kempen ini dengan harapan memberikan semua peluang untuk memperoleh impian sendiri untuk maju seperti mana saya lakukan untuk terus berjuang," katanya.

Anak jati Pulau Pinang itu yang kini berada di ranking 21 dunia, akan bertanding pada Kejohanan Dunia di Chicago pada 23 Februari hingga 2 Mac ini dengan beliau diletakkan sebagai pemain pilihan ke-13 dan kemudiannya berjanji akan bertemu media pada 27 Mac ini di Kuala Lumpur.BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...