Polis tangkap lelaki 24 tahun melancap di depan murid perempuan 7 tahun




PETALING JAYA: Memang macam-macam keanehan dan cara lelaki melepaskan keghairahan seks.

Dalam satu kejadian pada 13 Februari lalu, seorang lelaki telah melancap di hadapan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Kejadian itu berlaku di dalam bilik rehat di sebuah sekolah rendah di Klang.
Namun, lelaki itu telah ditangkap polis.

OCPD Klang Selatan Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu masuk ke dalam bilik rehat berkenaan ketika kanak-kanak itu berada di dalamnya.

“Lelaki itu lalu membuka zip seluarnya, melancap dan air maninya tumpah di atas pakaian kanak-kanak itu dan juga di atas lantai,” katanya seperti dipetik The Star hari ini.

“Dia kemudiannya membersihkan lantai berkenaan dan lari,” tambahnya dalam kenyataan itu.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...