Lelaki dicekup disyaki terlibat pecah masuk




AGRESIF: Berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota unit ronda JKP namun akhirnya suspek berjaya ditangkap.

MIRI: Seorang lelaki berjaya ditangkap Unit Ronda Jawatankuasa Penduduk (JKP) di Jalan Jati Utama Desa Senadin di sini petang kelmarin selepas disyaki terlibat kes pecah masuk sebuah rumah tidak berpenghuni dan mencuri barang berharga.

Terdahulu, JKP menerima laporan kira-kira jam 1.55 petang daripada penduduk kawasan perumahan terbabit mengenai seorang lelaki memecah masuk rumah jiran yang tidak lagi didiami.

Ketua Sukarelawan JKP Miri Malateh Mahmud berkata lelaki terbabit membawa lari sebuah televisyen dari rumah itu.

“Unit ronda pergi ke lokasi dan berjaya mengesan lelaki itu yang membawa televisyen sekitar kawasan terbabit hasil maklumat daripada penduduk.

“Semasa disoal, lelaki terbabit bertindak agresif dan mengeluarkan sebilah pisau diikat pada seutas tali,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Malateh berkata, berlaku pergelutan semasa menangkap suspek dan dua anggota unit ronda mengalami cedera ringan.

“Pergelutan berlaku menyebabkan dua anggota unit ronda mengalami kecederaan ringan, namun suspek berjaya ditahan dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan mengenai kes kecurian kerusi di rumah yang sama pada minggu lalu.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...