Betong berpotensi besar dalam pelancongan, pertanian moden



 


BETONG: Kawasan Betong mempunyai potensi pelancongan dan pertanian moden yang besar menanti untuk diterokai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini akan membolehkan Betong terus membangun ke arah tahun 2030.

Jelas Uggah, meskipun Betong telah banyak membangun namun ekonominya masih bergantung kepada penanaman kelapa sawit dan getah.

“Sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke hadapan dengan mempelbagaikan asas pertumbuhan kita.

“Mari kita usahakan pelancongan dan pertanian moden di atas tanah yang kita ada serta luas di Spaoh, Debak dan kawasan-kawasan lain di Betong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Buddha Betong di sini malam kelmarin.

Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu,  Residen Betong Friday Belik serta Pengerusi Persatuan Patrick Own turut hadir.

Tambah Uggah, dari sudut pelancongan, tarikan Betong adalah ekopelancongan.

“Kita mempunyai tempat bersejarah seperti Bukit Sadok yang dapat dibangunkan bagi pelancong yang mencintai alam semula jadi dan pengembaraan.

“Manakala pakej menyaksikan buaya misalnya boleh dilakukan di Sungai Layar dan Sungai Paku,” katanya.

Bagi pertanian moden pula katanya, ada potensi baharu dalam tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta ternakan.

Tetapi katanya, ia perlu dilakukan dalam cara moden bagi kualiti dan kuantiti yang lebih baik ke atas produk.

Pada majlis itu, Uggah turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM750,000 bagi pelbagai persatuan dan sekolah.

Jumlah tersebut termasuk RM500,000 bagi dana bangunan Tokong Cina Betong dan RM100,000 bagi projek dewan serba guna Persatuan Buddha Betong.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...