Kecewa Usaha Membawa Pulang Tahanan Malaysia Di Kemboja Dipolitikan Pihak Tidak Bertanggungjawab




KUCHING: Walaupun kejayaan membawa pulang 47 tahanan Malaysia yang ditahan di Kemboja menemui kejayaan selepas rundingan di antara kedua-dua negara diadakan dengan penuh profesional dan diplomasi, tetapi masih ada di antara rakyat Sarawak yang mempolitikan kejayaan ini.


Dalam usaha diplomasi seperti ini yang melibatkan dua negara ini, kepercayaan dan kerahsiaan haruslah dijaga supaya perbincangan dapat diadakan secara profesional dan tidak emosi.

Tetapi, tidak bagi penyokong dan ahli dari Pakatan Harapan terutama sekali Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Cabang Santubong yang secara terang mempolitikan kejayaan membawa pulang 47 tahanan Malaysia ini selepas kejayaan rundingan Malaysia-Kemboja.

Tidak cukup dengan itu, ramai lagi mereka yang berfikiran sempit telah memberi komen berbaur politik yang disifatkan sangat tidak wajar dalam usaha kita menangani krisis kemanusiaan ini.

Malah, dalam sidang media pemimpin PKR seperti Ahli Parlimen Julau YB Larry Sng, Pengerusi PKR Sarawak Datuk Hafsah Harun tidak pernah mempolitikan apatah lagi mengecam apa yang telah dan sedang dilakukan Kerajaan Sarawak.

Malah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Hajah Fatimah Abdullah dan Dato Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mewakili Kerajaan Sarawak juga tidak pernah menuntut kejayaan ini hanya datangnya daripada mereka sahaja.

Sebaliknya, kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak sama ada Kerajaan Sarawak, Kerajaan Malaysia, Keduataan Malaysia di Kemboja dan juga pihak berkuasa Kemboja.

Ini pernah disuarakan Ahli Parlimen Julau Larry Sng dalam kenyataan medianya termasuk Kenyataan Media Kedutaan Malaysia yang mengemaskini berita dari Kemboja.

Bagi Pengarah Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Deddy Faisal Ahmad Salleh yang merupakan salah seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembebasan tahanan Malaysia di Kemboja ini melihat keadaan ini sangat tidak baik kepada negara yang mempunyai hubungan baik dengan Kemboja.

"Tiada sebarang agenda politik dalam usaha membebaskan kesemua tahanan Malaysia di Kemboja.

"Sebaliknya, apa yang dilakukan itu adalah untuk menjaga maruah dan nama baik negara sebagai salah sebuah negara yang dihormati di rantau ASEAN ini.

"Malah, sebagai seorang diplomatik dan perunding profesional yang terlatih, tugas saya adalah untuk mencari jalan terbaik membebaskan mereka. Itu janji saya kepada setiap keluarga yang anak-anak mereka menjadi tahanan di sana.

"Saya boleh bagi jaminan bahawa semua anak-anak selamat di bawah pengawasan kami," katanya.

Ketika ini pemimpin Sarawak, Kerajaan Malaysia dan pihak kedutaan Malaysia di Kemboja sedang menyediakan dokumen perjalanan kepada beberapa orang yang tiada dokumen perjalanan akibat pasport mereka diambil oleh pihak sindiket.

Kerajaan Sarawak juga berusaha menyediakan satu penerbangan khas bagi membawa kesemua 47 tahanan pulang ke tanah air dan 44 daripadanya pulang ke negeri Ibu Pertiwiku secara serentak. 

Sehingga artikel ini ditulis, usaha tersebut masih lagi berjalan dan memohon masyarakat Malaysia mendoakan agar semuanya berjalan lancar sehingga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...